Artikel

IKEA Perancis Kini Dibicarakan – Berdepan Isu Intip Maklumat Peribadi Pekerja

Ahli entiti korporat IKEA Perancis kini bakal berdepan dengan risiko berhubung pertuduhan mengendalikan sebuah skim pemantauan maklumat peribadi kakitangan mereka termasuklah, pengumpulan rekod jenayah.

Sistem tersebut diperkatakan menggunakan khidmat penyiasat peribadi dan penguatkuasa polis.

Perlakuan tersebut ternyata melampaui asas batas selaku syarikat majikan, di mana ia melanggar tahap profesional sesebuah entiti.

Berdasarkan laporan AFP – pembongkaran itu dilakukan sejak tahun 2012 oleh sebuah penerbitan Perancis Le Canard Enchaine dan Mediapart, setelah kesatuan Force Ouvriere melakukan aduan.

Mengikut perundangan, IKEA Perancis boleh dikenakan denda sehingga RM18.3 juta (€3.75 juta). Sekitar 15 individu termasuk pegawai eksekutif utama seperti CEO Stefan Vanoverbeke dan Jean-Loius Baillot akan dihadapkan kemuka pengadilan Versailles, Paris.

Bagaimanapun menurut peguam Emmanuel Daoud, mengakui bahawa kes tersebut telah mendedahkan “kelemahan organisasi”.

Emmanuel mengatakan reputasi syarikat terjejas disebabkan perkara ini.

Sekiranya disabitkan kesalahan, tidak hanya denda dikenakan bahkan ia mampu membawa kepada hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.