Artikel

Sekiranya Alami Kesan Sampingan Serius Menerusi Suntikan Vaksin COVID-19 – Individu Akan Terima Bantuan RM50,000

Sekiranya anda penerima suntikan vaksin COVID-19 dan mengalami kesan sampingan tertentu akibat suntikan tersebut – anda layak menerima bantuan khas kewangan sehingga RM500,000 dari kerajaan.

Kenyataan ini telah dimaklumkan Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin dan Menteri KKM, Dr Adham Baba pada sidang media situasi semasa untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan negara pada hari ini (22 Mac).

Menerusi makluman itu, bantuan di bawah Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19, para penerima suntikan vaksin boleh menerima pampasan:

  • RM50,000 – untuk kesan sampingan yang serius, yang memerlukan proses kesihatan lanjutan
  • RM500,000 – pula untuk penerima yang mengalami kesan sampingan hilang keupayaan kekal atau kematian disebabkan suntikan vaksin

Berdasarkan bantuan ini – dana pembukaan kerajaan akan memperuntukkan sekitar RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Bagaimanapun kelulusan perolehan dana terbabit akan dipantau menerusi tiga jawatankuasa di bawah KKM untuk menilai dan memantau kesan yang diterima individu setelah suntikan dilakukan.