Seperti yang umum ketahui, sejak Januari lalu syarikat Korea Selatan akan melaksanakan pelaburan sekitar RM2.3 bilion pada pembangunan kilang kerajang tembaga untuk kereta elektrik di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah.
Kenyataan ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan MITI – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri, Azmin Ali pada ciapan rasmi twitter mereka.
Di Kota Kinabalu bersama KSU dan pegawai MIDA mengadakan pertemuan dengan Mr. Kim Young-Tae, CEO SK Nexilis dari Korea Selatan. Ini merupakan pelaburan pertama syarikat tersebut di luar Korea Selatan yang bernilai RM2.3 bilion. pic.twitter.com/maQT2fQLYa
— Mohamed Azmin Ali 🇲🇾 (@AzminAli) March 21, 2021
Menerusi penyaluran pelaburan asing – ini akan membuka sekitar 5,000 peluang pekerjaan untuk warga Sabah pada industri terbabit. Malah kemasukan dana tersebut turut akan memberi sentimen positif kepada pertumbuhan negara.
Seramai 400 tenaga mahir dijangka akan terlibat setelah pembangunan tersebut selesai. Usaha ini juga secara tidak langsung juga dapat menampilkan Sabah sebagai antara destinasi pelaburan negara tidak lama lagi.