Artikel

Mr DIY Kini Lancar Gudang Robotik E-Dagang, Sasar Kecekapan Operasi Paras 200%

Selari dengan pemacuan teknologi negara ketika ini – Mr DIY kini telah memperlihatkan sistem gudang robotik e-dagang mereka seluas 65,000 kaki persegi. Penerapan rekabentuk pembangunan gudang sejak 2019 ini dilihat dapat merangsang pertumbuhan segmen e-dagang mereka.

Gudang di Seri Kembangan, Selangor itu telah memperuntukan nilai sekitar RM5 juta pada pembangunan – di mana ia dilengkapi dengan robot yang diprogramkan untuk memenuhi permintaan pembelian atas talian, penerapan ini dapat meningkatkan kecekapan operasi pada paras 200% berbanding sistem manual.

Menerusi pembabitan teknologi sedemikian, ia tidak hanya meningkatkan permintaan produk malah turun mengurangkan kadar kesalahan manual yang dilakukan oleh tenaga fizikal dan ia juga membolehkan gudang menyimpan pelbagai jenis produk, memberikan pelanggan pilihan lebih dari 20,000 produk secara atas talian.

Menurut Naib Presiden Mr DIY – Andy Chin, pengenalan sistem robotik ini dilihat seiring dengan penguasaan teknologi global ketika ini. Pengguna kini gemar melakukan pembelian secara atas talian dan usaha ini akan memaparkan pengekalan pada pertumbuhan negara.

Peluang ini secara terus ia dapat memperkasakan kemahiran inovasi robotik dan automasi negara pada bahagian pengurusan perkhidmatan. Langkah ini dapat merancakkan semula aliran pertumbuhan Malaysia.