Meskipun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi global – namun dunia perlu akui terdapatnya jurang pembangunan bagi negara maju dan negara sedang membangun ketika era pandemik COVID-19 ini. Di mana sekitar 90 juta individu kini di bawah ambang kemiskinan sejak pandemik berlaku.
Malah, apa yang lebih memburukkan keadaan – angka tersebut dijangka terus meningkat.
Kenyataan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ini secara jelas memaparkan situasi semasa memberi ketidakseimbangan kepada negara berpendapatan rendah untuk meningkatkan pengeluaran disebabkan kesan ekonomi – ini akan meningkatkan kadar kemiskinan global.
Geoffrey Okamoto, Timbalan Pengarah Urusan IMF mengatakan meskipun China telah mengalami pemulihan di peringkat awal namun jurang antara negara lain dilihat semakin tinggi. Terutamanya negara yang memiliki pendapatan hutang tinggi.
IMF menjangkakan pendapatan per kapita kumulatif di negara-negara akan berkembang 2022 dengan purata peratusan 22% lebih rendah berbanding pertumbuhan sebelum wujudnya pandemik.
Sementara itu pertumbuhan dunia pula terus dijangkan akan mengalami pemulihan pada paras 5.5%.