Artikel

Seluruh Kerajaan Negeri Malaysia Terima Bantuan Khas PEMERKASA – Berjumlah RM260 Juta

Bagi merancakkan lagi momentum ekonomi negara, di bawah PEMERKASA – Kerajaan Persekutuan kini bersetuju menyalurkan bantuan khas berjumlah RM260 juta kepada seluruh kerajaan negeri Malaysia.

Kenyataan itu dimaklumkan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi ciapan Twitter rasmi mereka. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kadar pemulihan ekonomi setempat pada peringkat akar umbi.

Ia merangkumi pelaksanaan projek-projek berskala kecil dengan peruntukan RM20 juta seperti penambaikan insfrasturktur fasiliti awam, program ameniti sosial, penyelenggaraan premis perniagaan dan perumahan – bagi meningkatkan persekitaran yang lebih selesa serta teratur. Pelan tindakan tersebut akan memperlihatkan kerjasama di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menerusi usaha, peruntukan tersebut akan membantu kerajaan negeri menambahbaik aliran tunai pada pertumbuhan ekonomi negara.