Kerajaan menjelaskan buat masa ini tiada sebarang pengenalan cukai tambahan baharu akan diperkenalkan – ini termasuklah pengembalian semula cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ketika ini tumpuan negara adalah terarah kepada usaha menangani penularan pandemik dan pemulihan ekonomi.
Tengku Zafrul, Menteri Kewangan pada sidang Strategi Pemulihan Ekonomi Negara mengatakan penelitian berhubung cukai negara masih dikaji – bagaimanapun keputusan bersama berhubung pengenalan bentuk cukai baharu masih tidak diketahui lagi.
Setakat ini, jangkaan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung situasi ekonomi semasa – hasil negara disasarkan meningkat selari dengan unjuran KDNK pada purata 6.5% hingga 7.5%.
Pembabitan cukai tambahan baharu hanya akan diselaraskan setelah ekonomi negara kembali pulih semula, tinfakan itu untuk meningkatkan pendapatan negara.