Artikel

Korea Utara Kini Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Ternyata konflik antara Malaysia dan Korea Utara kini semakin meruncing – apabila Korea Utara memutuskan untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Berdasarkan laporan AFP hari ini (19 Mac) tindakan itu berikutan isu langkah Malaysia mengektradisi rakyat negara mereka secara paksa kepada Amerika Syarikat dianggap suatu tindakan yang tidak wajar dan dibawah tekanan.

Kementerian Luar Korea Utara dengan ini mengumumkan pemutusan hubungan diplomatik dengan Malaysia, sambil membantah tindakan negara yang tunduk pada tekanan AS.

Untuk makluman pada 3 Mac lalu, seorang lelaki warganegara Korea Utara bernama Mun Chol Myong kehilangan rayuan terakhirnya di mahkamah tinggi Malaysia berhubung tuduhan pengubahan wang haram.

Mun, yang telah tinggal di negara Asia Tenggara selama satu dekad bersama keluarganya, ditangkap pada tahun 2019 berikutan permintaan ekstradisi dari Washington.

Dia menghadapi empat tuduhan pengubahan wang haram dan dua konspirasi untuk mencuci wang. Tuduhan tersebut berkaitan dengan tugasannya di Singapura.