Berdasarkan perkongsian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – tahun lalu, terdapat 11,000 aduan berhubung permasalahan transaksi atas talian. Aduan itu meliputi 35% dari 10 kategori aduan yang tertinggi, diterima.
Maka, bagi meningkatkan kaedah aduan pengguna, KPDNHEP kini melancarkan platform chatbot Sara – eAduan.
Terdapat dua segmen pada penawaran inisiatif aduan ini – ia merangkumi aduan kepenggunaan dan aduan integriti.
Aduan kepenggunaan ia diwujudkan untuk memudah pengguna menyalurkan sebarang pertanyaan, cadangan mahupun aduan berhubung isu kepenggunaan di bawah selia KPDNHEP.
Sementara itu, aduan integriti pula melibatkan isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kelemahan sistem dan tatacara kerja di bawah selian KPDNHEP.
Untuk makluman lanjut, pengguna boleh layari pautan e-Aduan KPDNHEP untuk ketahui maklumat lanjut.