Menteri Kewangan Tengku Zafrul kini menyelar kenyataan bahawa kadar hutang negara kepda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melepasi kadar siling 60% – sedang perkara itu tidak berlaku.
Ini kerana, buat masa ini paras kadar hutang bagi bulan Februari adalah pada 54%. Dakwaan itu berlaku apabila suntikan sebanyak RM11 bilion telah dilakukan pada PEMERKASA.
Ini memberi kegusaran kepada nisbah hutang yang harus ditanggung oleh negara. Bagaimanapun, Tengku Zafrul menegaskan kadar tersebut masih tidak melepasi had siling yang ditetapkan.
Pihaknya mengunjurkan peratusan bagi kadar hutang kepada KDNK ini akan mencecah sekitar 58.5% menjelang akhir tahun ini. Pihak kewangan masil lagi optimis – meskipun, Malaysia memiliki nilai defisit yang tinggi, tindakan tersebut adalah untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara.