Artikel

Khairy Jamaluddin Selesai Terima Suntikan Sinovac

Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini (18 Mac) telah selesai menerima suntikan dos vaksin Sinovac di Hospital Rembau.

Sesi suntikan tersebut menjadikan Khairy bersama 10 petugas barisan hadapan antara kumpulan pertama yang menerima suntikan vaksin tersebut.

Untuk makluman vaksin Sinovac ini akan dibekalkan negara pada kitaran 14 juta dos kepada rakyat Malaysia. Tidak hanya Malaysia terdapat 22 buah negara lain turut memperakui keberkesanan suntikan ini.

Kelulusan bagi Malaysia adalah meliputi penelitian dari Bahagaian Regulatori Farmasi negara (NPRA). Setakat ini hanya 3 vaksin yang melepasi kelulusan NPRA iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac.