Selari dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi – AirAsia Digital pada minggu ini telah memperkenalkan segmen Shop With IKHLAS untuk memberi tumpuan kepada pemasaran produk mesra-Muslim bagi pasaran serantau.
Ini merangkumi pemasaran pelbagai produk seperti bahan mentah halal, produk seni Islam dan produk kecantikkan – ia tersedia untuk penghantaran ke seluruh negara.
Menurut Ikhlas Kamarudin, pengenalan platform ini berupaya menyokong ekosistem perniagaan tempatan untuk merancakkan lagi segmen ekonomi negara. Langkah ini juga dapat menjadikan platform mesra-Muslim sebagai segmen sehenti untuk meluaskan pemasaran produk masyarakat Islam di seluruh negara.
Selain itu, penawaran diskaun sebanyak 10% turut boleh didapati pengguna bagi sebarang pembelian sehingga 31 Mac 2021. Apa yang menarik sebahagian transaksi dari pembelian segmen itu akan disalurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.