Artikel

Prestasi Jualan Kenderaan Papar Peningkatan 4.13% – Dorong Sasaran Lebih Tinggi Pada Mac Kelak

Peratusan jualan kenderaan di negara ketika ini memaparkan peningkatan sekitar 4.13% berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA)  peningkatkan secara jelas disokong oleh jualan kenderaan penumpang dan jualan kenderaan komersial iaitu masing-masing mencatatkan peningkatan 37,923 unit kenderaan dan 4,861 unit kenderaan.

Kenaikan ini dilihat suatu yang baik untuk momentum automotif negara.  Sementara itu bagi angka pengeluaran juga turut memperlihatkan peningkatan kepada 45,199 kenderaan berbanding tahun lalu di paras 40,371 unit.

Berdasarkan momentum ini MAA menyasarkan jualan yang lebih tinggi akan berlaku pada bulan hadapan, Mac 2021 – berikutan sokongan kesinambungan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi perniagaan mulai diteruskan.