Artikel

Kadar Kelulusan Moratorium Capai Sehingga 95% – Bantu 1.4 Juta Peminjam Tangani Krisis

Pengurangan bebanan aliran tunai rakyat negara menerusi kelulusan bantuan moratorium – sedikit sebanyak memberi kelegaan buat rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam pada sidang PEMERKASA telah mengatakan sekitar 1.4 juta peminjam secara individu dan PKS yang terjejas telah berjaya dikurangkan bebanan mereka menerusi bantuan moratorium.

Di mana kadar kelulusan sehingga 95% pada permohonan bantuan moratorium itu telah berjaya meringankan kos tanggungan mereka.

Selain itu, sokongan lain turut dipertingkatkan Bank Negara Malaysia (BNM) seperti Bantuan Pemulihan Bersasar sebanyak RM2 bilion dan Fasisiliti Automasi Digitalisasi sebanyak RM700 juta – turut membantu perniagaan dalam memperolehi pinjaman.

Malah peruntukan dana tambahan RM50 juta pada Geran Automasi Pintar – MIDA juga turut disediakan bagi membantu pemerkasaan kecekapan operasi perniagaan.

Menerusi inisiatif ini individu dan premis perniagaan negara dapat terus kekal stabil pada pertumbuhan negara.