Mulai hari ini (18 Mac) negara akan memperlihatkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan – Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama menerima suntikan dos vaksin Sinovac.
Suntikan tersebut akan diterima Khairy di Hospital Rembau, Negeri Sembilan. Untuk makluman, Malaysia akan membekalkan sekitar 12 juta dos vaksin Sinovac kepada negara dan kelulusan vaksin ini telah diperakui sekitar 22 buah negara.
Pihak kesihatan memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kelulusan itu juga turut dilalui Bahagaian Regulatori Farmasi negara (NPRA). Setakat ini hanya 3 vaksin yang melepasi kelulusan NPRA iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac.
Menteri MOSTI itu turut berkongsikan kepada umum berhubung jadual penerimaan vaksin Sinovac yang akan dilakukan pada hari ini.
Got my appointment for the vaccine. I have volunteered to be the first to take the Sinovac vaccine to give confidence to the public that it is safe and effective. pic.twitter.com/F1gyAv8u5m
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 17, 2021