Artikel

Taman Tema, Hotel, Agensi Pelancongan – Antara Premis Terima Diskaun Khas 10% Bil Elektrik

Bebanan premis perniagaan ketika ini adalah kos operasi yang perlu ditanggung – perkara itu secara tidak langsung mempengaruhi aliran tunai sesebuah organisasi. Berdasarkan tekanan itu kerajaan kini akan menawarkan lanjutan 3 bulan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% kepada premis terpilih.

Antara premis yang telah disenaraikan pada perolehan diskaun khas itu adalah seperti pengendali perhotelan, pusat taman tema, pusat membeli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan, pusat konvensyen dan agensi pengembaraan serta pelancongan.

Pemberian ini tidak sekadar menyelaraskan semula aliran tunai perniagaan, namun ia juga turut membantu syarikat dalam menguruskan kos operasi dengan lebih teratur bagi tempoh 3 bulan lanjutan.

Berdasarkan penawaran tersebut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatakan – kerajaan akan menanggung jumlah kos diskaun khas bil elektrik itu sebanyak RM135 juta.

Menerusi inisiatif ini, ia akan membantu sektor perlancongan negara merancakkan semula aliran perbelanjaan pada pertumbuhan ekonomi.