Artikel

HDC Sasar Pasaran Perkhidmatan Makanan Jana RM40 Bilion Menjelang 2025

Halal Development Corporation Berhad (HDC) kini meletakkan sasaran perolehan bagi perkhidmatan makanan adalah pada paras RM40 bilion menjelang tahun 2025.

Tidak hanya itu – bahagian farmaseutikal juga turut disasarkan jana pendapatan sekitar RM1.6 bilion pada tempoh yang sama.

Berdasarkan kadar pertumbuhan – bahagian permakanan dijangka mencapai 18% manakala farmaseutikal pula 4.2% untuk tempoh 5 tahun mendatang. Sasaran ini secara tidak langsung dapat memberi nilai tambah kepada nilai eksport sekitar RM440 juta dan pelaburan swasta RM550 juta di pasaran.

Apa yang lebih menarik – segmen pembangunan peluang pekerjaan Malaysia juga akan dapat ditingkatkan sekitar 112,000 peluang akan diwujudkan. Hala tuju ini dapat memperkasakan potensi ekonomi halal tempatan pada peringkat global.

Setakat ini pelabagai penglibatan perkongsian pemain indsutri telah dikongsikan – penelitian secara berperingkat akan dilakukan berdasarkan krisis dan sentimen pasaran global ketika ini.