Setelah PENJANA, PERMAI, PRIHATIN, dan JENDELA – kerajaan persekutuan kini tampil dengan insentif suntikan fiskal baharu di bawah PEMERKASA.
Pengumuman itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang perutusan khas petang ini Program Strategi Pemerkasaan Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan RM20 bilion.
Menerusi sidang hari ini terdapat 20 Inisiatif Strategik akan diterapkan pada agenda tahun ini.
Berdasarkan perkongsian PM Muhyiddin, pihaknya menyasarkan strategi kawalan penularan COVID-19 akan dilakukan secara bersasar dengan bersandarkan kepada sains dan data. Tindakan ini akan mengurangkan kesan negatif kepada ekonomi Malaysia.
Itu bermakna pelaksanaan PKP secara menyeluruh berkemungkinan tidak akan dilaksanakan. Sebaliknya pelaksanaan PKP akan mulai tertumpu kepada lokaliti khusus dan bahagian kluster penularan sahaja.
Terdapat pelbagai lagi inisiatif yang telah diperkatakan pada sidang perutusan. Ini antara ringkasannya:
- Peruntukan RM5 bilion – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
- Penguatkuasaan ketat dan telus – kerajaan akan terus memperkemaskan keselamatan negara. Ini merangkumi peranan MITI dalam meningkatkan perlindungan sosial pekerja SAFE@WORK.
- Pelaksanaan Program Berskala Kecil akan dilaksanakan – sekitar RM5 bilion akan diperuntukkan. Ini termasuk kesan banjir pada bahagian premis, penambahbaikan pembangunan.
- Geran Khas Prihatin 3.0 – membantu perniagaan beroperasi semula khususnya PKS Mikro. Pemberian one-off RM1,000 akan dilakukan.
- Kemudahan Mikro Kredit – Dana pembiayaan berjumlah RM500 juta akan disalurkan. Apa yang menarik kadar faedah pinjaman ini telah dikurangkan. Insentif ini merangkumi perniagaan mikro, berskala kecil.
- Pengekalan Pekerjaan & Insentif Penggajian – hampir 200,000 pekerja formal telah berjaya ditempatkan. Sekitar RM300 juta akan diperuntukkan – ini akan memberi manfaat 60,000 pekerja. Selain itu RM700 juta untuk Program Subsidi Upah akan diperuntukkan.
- Merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan – Bagi mengurangkan bebanan, pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember, membenarkan ansuran cukai pendapatan bulanan, memberi pengecualian duti hiburan. Selain itu, bantuan tunai one-off akan diberi kepada pengusaha homestay di bawah MOTAC.
- Mengurangkan beban syarikat dan perkasa koperasi
- Mengukuhkan persekitaran ekonomi – perluasan dan peningkatan pelaburan
- Mengurangkan jurang digital – meningkatkan penglibatan akses internet untuk rakyat Malaysia