Penelitian berkenaan pengenaan kompaun ke atas individu yang ingkar pematuhan SOP sehingga RM10,000 itu akan dilakukan. Penyataan ini dimaklumkan pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.
Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) – pertemuan akan dilakukan bersama Datuk Seri Takiyuddin Hassan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perincian berhubung kesalahan dan jumlah itu dibincangkan. Buat masa ini penentuan penguatkuasaan itu tertakluk kepada pihak kesihatan. Antara kesalahan yang dikongsikan adalah mengunjungi kelab malam telah ditetapkan nilai kompaunnya pada paras RM10,000.
Selain itu, DS Ismail Sabri turut memberi peringatan kepada orang awam bahawa pihak berkuasa tidak memiliki peranan dalam mengurangi atau menerima bayaran kompaun tersebut. Sebarang pengurangan nilai kompaun adalah tertakluk di bawah kuasa pihak kesihatan, dan selanjutnya Mahkamah.