Penerapan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) kini tidak lagi asing buat rakyat Malaysia. Menyedari hakikat itu, pengguna BHPetrol kini boleh melakukan pembayaran menerusi dompet digital ShopeePay di seluruh stesen mereka.
Perkhidmatan di bawah Boustead Petroleum itu secara jelas ingin memberi kemudahan kepada seluruh pelanggan mereka. Pelaksanaan ini sekaligus akan memberi ganjaran pulangan tunai bagi setiap pembayaran menerusi dompet digital ShopeePay.
Langkah ini juga dilihat dapat menyesuaikan kepada semua pengguna ke arah digitalisasi di samping menerapkan norma baharu untuk pembelian.
Malah pelanggan juga tidak hanya memperolehi ganjaran pada kaedah tersebut- ia turut menyokong penjimatan yang lebih ketara dengan penawaran diskaun pada setiap transaksi.