Usaha secara berterusan pihak kesatuan pekerja Uber sejak tahun 2016 itu kini telah membuahkan hasil kepada para pemandu – apabila mereka kini mulai diiktiraf selaku pekerja dan diberi manfaat miliki gaji minimum pada kadar £ 8.72 per jam selaku buruh di United Kingdom.
Bukan itu sahaja, seramai 70,000 pemandu Uber UK turut dapat menikmati ganjaran cuti tahunan serta pembayaran pencen. Makluman ini telah dicapai menerusi kenyataan Mahkamah Tinggi UK.
Meskipun begitu berdasarkan laporan BBC – penetapan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kos tambang penggunaan Uber di UK.
Bagaimanapun, langkah kesatuan pekerja ini harus diberi pujian kerana berjaya membuktikan hak pemandu selaku tenaga buruh negara. Tanpa sedar usaha pemandu Uber ini akan mempengaruhi pembentukan ekonomi gig di negara lain.
Walaupun tidak memiliki ganjaran sepenuhnya, tetapi pengaturan awal pengiktirafan itu dapat menjadi suatu kebaikan untuk pekerja ekonomi gig yang lain termasuklah negara Malaysia.