Artikel

Pengurusan Universiti Dibenarkan Kawal Pergerakan Pelajar – MKN

Bagi memastikan kepentingan para pelajar universiti awam dan swasta terjamin – pihak keselamatan memberi kebenaran untuk pengurusan pendidikan mengawalselia pergerakan pelajar.

Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) menyatakan tiada sekatan akan kawalan tersebut. Ini kerana terdapat persoalan berhubung kawalan keluar masuk bagi pelajar di sesebuah universiti- perkara itu dilihat menyekat pergerakan perjalanan pelajar untuk keluar dari kawasan universiti.

Bagaimanapun, DS Ismail Sabri menyifatkan tindakan itu adalah tanggungjawab pengurusan pendidikan – sekiranya mereka beranggapan pelaksanaan tersebut adalah kaedah terbaik untuk mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar – maka ia bukanlah sesuatu perkara yang harus dipertikaikan.

Langkah itu bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kepentingan kesihatan para pelajar itu sendiri – oleh itu pematuhan tersebut haruslah dipatuhi. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak menetapkan sebarang sekatan kepada pengurusan universiti awam mahupun swasta untuk berbuat demikian.