Artikel

Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang, Kelantan Dan Sarawak – Masih Kekal Status PKPB

Sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini (16 Mac) mengumumkan Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak masih kekal di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berdasarkan penguatkuasaan status pengekalan PKPB ini akan dilakukan bermula 19 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021. Hanya Sarawak sahaja akan berkuat kuasa 16 Mac sehingga 29 Mac 2021.

Penilaian ini telah dilakukan bersama MKN dan KKM berdasarkan tahap kesihatan ketika ini.