Artikel

Operasi Bazar Ramadan Kemungkinan Akan Dibenarkan

Setiap tahun, sudah pasti ramai yang ternanti akan operasi bazar Ramadan – kegiatan itu telah menjadi suatu budaya di Malaysia di kala menyambut kedatangan Ramadan. Bagaimanapun, disebabkan pandemik – operasi ini perlu diteliti dengan sebaik mungkin.

Akan tetapi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zuraida Kamaruddin tidak menolak – di mana terdapat kemungkinan untuk bazar Ramadan beroperasi pada tahun ini, April 2021.

Menjelas lanjut kenyataannya – penilaian kebenaran akan diteliti bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung dengan pematuhan garis panduan yang ketat. Ini kerana, sekiranya operasi tersebut dibenarkan – pematuhan SOP yang kemas harus dijalankan.

Tindakan itu selari dengan penyelarasan keselamatan negara dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Sebarang makluman lanjut akan di ketahui setelah mencapai persetujuan bersama pihak berkuasa. Segala kebenaran operasi masih tertakluk di bawah arahan semasa MKN.