Artikel

Bekalan Telur Mencukupi, Pengguna Disarankan Elak Pembelian Panik – KPDNHEP

Berhubung isu penarikan bekalan telur ke Singapura dari sebuah syarikat di Jeram, Selangor – berikutan pengesanan bakteria Somanella Enteritidis (SE) dalam telurnya, setakat ini tidak mempengaruhi bekalan komoditi dalam negeri untuk permintaan Malaysia.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memastikan bahawa bekalan telur mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna, bahkan untuk tempoh perayaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Pengesanan bakteria tersebut hanya melibatkan satu ladang pengeluaran telur sahaja manakala 5 lagi tempat pengeluaran syarikat tersebut masih beroperasi seperti biasa.

Selain itu, pengeluaran telur ayam di negara turut dapat dijamin menerusi penghasilan dari 50 syarikat tempatan. Para pengguna dinasihatkan untuk tidak khuatir akan perolehan bekalan tersebut. Isu ini tidak akan menjejaskan operasi perniagaan serta permintaan pengguna di pasaran.

KPDNHEP menyarankan tiada kegusaran mahupun pembelian panik dilakukan susulan permasalahan tersebut telah diberikan jaminan bekalan. Para peniaga juga diberi peringatan untuk tidak mengambil kesempatan berhubung permasalahan ini dengan menaikkan harga jualan telur.

Tindakan perundangan akan diambil di bawah Akta Pengendalian Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi mana-mana pihak sekiranya melanggar peraturan jualan tersebut.