Artikel

Jual-Beli Di Lampu Isyarat Boleh Disaman Sehingga RM2000 – Termasuk Untuk Pembeli

Akhir-akhir ini, kita sedia melihat beberapa aktiviti jual-beli makanan dilakukan disekitar lampu isyarat. Terbaru, bercakap mengenainya, Ketua Polis Johor mengatakan aktiviti perniagaan berkenaan adalah salah satu kesalahan kerana ia membahayakan penjual, dan juga pengguna jalan raya.

Untuk kesalahan berkenaan, bukan sahaja penjual, tetapi pembeli juga berdepan boleh disaman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah melakukan aktiviti jual beli produk di persekitaran lampu isyarat.

Peniaga dinasihatkan agar mencari lokasi perniagaan yang lebih bersesuaian, dan jangan merisikokan diri melakukan aktiviti jual-beli di persimpangan lampu isyarat.