Walaupun sektor penerbangan negara berdepan dengan krisis pandemik sejak tahun lalu – namun ia tidak menidakkan kreadibiliti fasiliti lapangan terbang negara, apabila ia dinobatkan antara 10 terbaik di dunia.
Ternyata Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan pada kedudukan 10 terbaik di dunia pada kategori lebih 40 asjuta penumpang setahun dalam tinjauan Airport Service Quality (ASQ).
Antara faktor yang mendorong pengiktirafan ini adalah pelaksanaan misi kritikal dan penstrukturan semula lapangan terbang yang telah dilakukan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).
Penambahabaikan itu secara jelas meningkatkan tahap kepuasan para pengguna dan penyediaan perkhidmatan telah memudahkan tugas serta perjalanan mereka. Usaha itu telah meningkatkan skor kualiti fasiliti kepada 4.98 mata.
Menyedari hakikat itu MAHB ingin meningkatkan lagi penerapan teknologi pada kepuasan perjalanan pengguna – contohnya seperti pengenalan sistem pengecaman wajah yang lebih cepat dapat memudahkan perjalanan pengguna. Penerapan teknologi yang lebih efisien dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan lapangan terbang negara.