Artikel

Mulai 1 April – Pengguna ETS Layak Nikmati Diskaun RM10 Sepanjang 3 Bulan

Hasil kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kini layak menerima diskaun RM10 bagi tiket perjalanan bermula April kelak.

Penawaran diskaun tersebut seiring dengan promosi kempen Cuti-Cuti Malaysia yang akan menawarkan kod promo CUTIKERETAPI bagi setiap pembelian tiket perjalanan.

Susulan itu, bermula hari ini (15 Mac) pelancaran kempen untuk jualan tiket ETS bagi perjalanan 1 April sehingga 30 Jun 2021 telahpun dibuka.

Pembukaan jualan tiket ini bertujuan memberi ruang kepada orang awam untuk melakukan perancangan awal perjalanan. Sekitar 24 perkhidmatan ETS disediakan bagi kempen tersebut.

Bagaimanapun – perjalanan ini tertakluk kepada arahan rentas dalam negeri sahaja, sebarang perubahan akan berpandukan kepada arahan semasa kerajaan kelak.