Artikel

Isu Buruh Paksa – NGO Umum Tarik Diri, Selaku Panel Hak Asasi Manusia Sime Darby Malaysia

Isu buruh paksa Sime Darby Plantation (SDP) kini dilihat semakin rumit, apabila SHIFT telah mengumumkan penarikan penglibatan dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia – Pihak Ketiga yang telah ditubuhkan oleh SDP untuk melaksanakan penilaian bebas bagi operasi mereka.

Tindakan pengunduran itu dilaporkan Nikkei Asia – berikutan langkah SDP yang ingin mengambil tindakan perundangan terhadap Pengarah Urusan – Duncan Jepson, organisasi bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat iaitu Liberty Shared yang melakukan pendedahan berhubung isu buruh paksa.

Langkah perundangan itu akan dilakukan sepenuhnya bersama siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Melihat pergerakan itu, tidak hanya SHIFT beberapa panel hak asasi manusia turut menyuarakan hasrat untuk mengundurkan diri sekiranya SDP melanjutkan langkah perundangan tersebut.

Ini kerana kesannya terhadap pendedahan tersebut akan mempengaruhi kepada sumber maklumat isu tersebut.

Setakat ini – SDP tidak memberi sebarang maklum balas berhubung pengunduran penglibatan panel pada penilaian bebas suruhanjaya tersebut.


Untuk makluman, sejak akhir Disember 2020 sekatan dari Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) telah dilakukan ke atas SDP – dikatakan ia berpunca dari isu buruh paksa.

Perkara ini telah dimaklumkan setelah pengeluaran Withold Release Order diberikan kepada pihak Sime Darby, berikutan dakwaan penglibatan buruh paksa pada proses pengeluaran produk entiti tersebut.