Artikel

Polis Tidak Memiliki Kuasa Batalkan Nilai Kompaun – DS Ismail Sabri

Tidak hanya kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB) sahaja – namun individu negeri dan wilayah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) juga turut boleh dikenakan kompaun RM10,000 sekiranya ingkar akan pematuhan SOP.

Jelas Menteri Kanan (Keselamatan) penguatkuasaan di bawah Ordinan Darurat tersebut adalah untuk menjamin keselamatan orang awam.

Pelaksanaan denda itu selaras untuk mana-mana kawasan sekatan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatkan pihak polis tidak memiliki kuasa untuk membatalkan jumlah kompaun yang telah dikenakan.

Bagi individu yang ingin membuat rayuan boleh melanjutkan proses tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah dan seterusnya Mahkamah untuk pengurangan kompaun.

Untuk makluman, pengenaan kompaun berhubung SOP adalah berbeza dengan pengeluaran kompaun kesalahan luar SOP. Di mana pihak polis boleh membatalkan atau mengurang saman berhubung kesalahan lalu lintas, namun tidak pada kesalahan berkaitan SOP pandemik.