Artikel

Prestasi Jualan Proton Dijangka Atasi Sasaran Persatuan Automotif Malaysia

Perjalanan Proton Holding Bhd kini dilihat menyaksikan perluasan yang optimis. Menurut DRB-Hicom, prestasi Proton berada pada landasan yang baik.

Ia sudah pasti disokong berasaskan pemasaran mereka pada pengeluaran model X50, X70 – di mana permintaan untuk unit kenderaan itu semakin kukuh. Melihat pada prestasi baik ini -Proton diperkatakan akan memperluaskan perkembangan pasaran eksport dan mengeluarkan pelbagai model berasaskan integrasi teknologi baharu.

Sementara itu Proton juga turut disasarkan mengatasi sasaran jualan sekitar 8% melebihi jangkaan Persatuan Automotif Malaysia pada tahun ini, 2021.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa penelitian juga sedang dilakukan Proton dalam memperkemaskan bidang kerjasama mereka untuk memasuki pasaran luar negara seperti Indonesia dan Thailand.

Adanya perancangan sedemikian, sudah pasti persaingan optimis dalam sektor automotif negara dapat dipertingkatkan. Selain itu, usaha sedemikian dapat merancakkan semula aliran pertumbuhan negara di kala pandemik COVID-19.