Artikel

Prestasi Jualan Perdagangan Borong Dan Runcit Merosot – Susut 2.7%

Indeks Perdagangan Borong dan Runcit negara kini memaparkan kemerosotan untuk tahun ke tahun – di mana menunjukkan penyusutan 2.7%.

Penurunan itu membawa kepada nilai RM111.7 bilion pada Januari 2021. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – nilai itu didorong kerana penguncupan kenderaan bermotor sebanyak RM1.7 bilion (13.8%).

Malah penyusutan ini turut disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) yang menyusutkan pasaran jualan pada 3.3% bagi Januari 2021.

Meskipun pemasaran runcit (-2.5%) dan borong (-0.4%) menunjukkan penurunan, namun jualan keperluan kekal menunjukkan peningkatan 1.4% kepada RM16.6 bilion.

Peningkatan itu diikuti dengan segmen merangkumi Jualan Borong Barangan Isi Rumah, Jualan Borong Makanan, Minuman dan Tembakau serta Jualan Runcit di Kedai bukan Pengkhususan.