Artikel

Sekitar 4,000 Ahli Farmasi Komuniti Kini Akan Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Fasa Pertama

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) kini telah mencapai kata persetujuan di mana – hampir 4,000 ahli farmasi komuniti akan menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk kumpulan fasa pertama.

Pelaksanaan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini telah bersetuju memasukkan ahli farmasi komuniti sebagai Senarai Petugas Barisan Hadapan.

Ternyata tindakan usul dari Persatuan Farmasi Malaysia (PFM) ini memberi manfaat kepada kumpulan ahli farmasi yang diperlihatkan sebagai perkhidmatan berkepentingan.

Langkah ini nyata memberi kebaikan kepada petugas barisan hadapan untuk memperkasakan pemutusan rantaian penularan COVID-19.

Setakat ini pada 11 Mac – jumlah penerima suntikan dos pertama vaksin adalah pada paras 249,909 individu.