Artikel

Papar Berita Palsu, Individu Boleh Dikenakan Denda Sehingga RM100,000 – Berkuat Kuasa Hari Ini

Bermula hari ini (12 Mac) di bawah Ordinan Darurat 2021 (Kuasa-Kuasa Perlu) – mana-mana pihak yang memaparkan atau menyiarkan pemberitaan tidak kira menerusi penulisan, visual, mahupun rakaman audio yang tidak tepat serta tidak benar, akan dikenakan denda sehingga RM100,000.

Pihak yang terlibat akan diberi tempoh 24 jam dari arahan pihak berkuasa, autoriti untuk memadamkan penerbitan tersebut.

Berdasarkan makluman – langkah penguatkuasaan denda tidak melebihi RM100,000 ini adalah untuk mana-mana kesalahan yang dilakukan secara berterusan. Penerbitan yang tidak benar ini merangkumi keseluruhan penyataan atau sebahagiannya sahaja.

Pengenaan denda ini tidak hanya melibatkan isu semasa, bahkan isu kesihatan seperti COVDI-19 dan pelaksanaan Proklamasi Darurat negara. Ketidaktepatan maklumat dilihat mampu mengundang kegusaran ada pemahaman rakyat negara.

Maka, semua pihak diminda mengamalkan perkongsian secara sahih tanpa mendatangkan sebarang keraguan awam.