Artikel

Lego Terus Papar Prestasi Kukuh, Keuntungan Bersih Melonjak 19%

Ternyata penerapan perintah kawalan di seluruh dunia memberi keuntungan kepada Lego – iaitu permainan bongkah plastik. Di mana keuntungan bersih yang dicatatkan telah meningkat 19% kepada RM6.6 bilion tahun lalu, 2020.

Prestasi yang baik ini turut dipaparkan pada hasil penjualan operasi apabila menunjukkan peningkatan 13%.

Apa yang menarik, syarikat permainan yang berpusat di Billund, Denmark ini telah merancang untuk memperluaskan cawangan mereka sekitar 120 premis pada tahun 2021 – ini merangkumi 80 cawangan di China. Perluasan ini telah dilakukan secara berperingkat sejak tahun 2019 lagi.

Untuk makluman Lego juga tidak hanya memberi tumpuan kepada pengeluaran produk permainan bongkah sahaja tetapi turut merangkumi penglibatan pada permainan multimedia, video, filem, kartun dan pembangunan taman tema hiburan Legoland di seluruh dunia.