Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan pilihan pembatalan pengeluaran i-Sinar pada Akaun 1 permohonan pencarum kini boleh dilakukan.
Perkara itu telah dikongsikan oleh KWSP sendiri pada ciapan rasmi Twitternya – Sekiranya anda (pencarum) ingin melakukan pembatalan pengleuaran di i-Sinar Online, tiada lagi permohonan semlua atau permohonan baharu boleh dilakukan.
Selain itu, KWSP turut memaklumkan setelah pembatalan pencarum diluluskan – bayaran seterusnya tidak akan dilakukan.
Bagi anda yang ingin membuat pembatalan pengeluaran, anda boleh membuat pembatalan melalui i-Sinar Online. Nantikan informasi terkini berkenaan i-Sinar yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa!#isinar #kwspisinar #kwspinfo #kwspahli pic.twitter.com/PAn4fc7wwO
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) March 11, 2021
Sementara itu, terdapatnya persoalan adakah para pencarum boleh memasukkan semula amaun pengeluaran pada akaun mereka? KWSP menjelaskan tindakan itu boleh dilakukan menerusi bahagian pautanĀ Caruman Pilihan Sendiri. Tindakan itu boleh dilakukan sekiranya pencarum telah menerima amaun awal Akaun 1 dan ingin membatalkan pengeluaran.
Hi! Anda boleh depositkan amaun yg diterima dgn membuat Caruman Pilihan Sendiri. Utk mklumat ljt, klik https://t.co/Qw02QtiDUa. TQ. -SNS
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) March 7, 2021
Sebarang maklumat lanjut, ahli pencarum terlibat boleh melayari portal kwsp.gov.my atau hubungi talian 03-89224848 dan 03-89226000.