Artikel

Maybank2U Akan Menggunakan Secure2U Untuk Pembayaran Bil Dan Transaksi IBG Bermula 15 Mac – Tiada Lagi SMS TAC

Maybank sebelum ini sedia mengumumkan Secure2U akan digunakan sebagai ganti kepada SMS TAC untuk transaksi melangkaui RM3,000. Terbaru, selain daripadanya, Maybank turut mengumumkan perkara sama akan turut diimplementasikan untuk pembayaran bil dan juga transaksi IBG.

Menurut Maybank, bermula 15 Mac 2021, pengguna akan perlu menggunakan Secure2U untuk transaksi melibatkan pembayaran bil melalui Maybank2u, disamping untuk transaksi IBG melibatkan sebarang nilai.

Ini sekaligus memperlihatkan peralihan daripada penggunaan SMS TAC bermula 15 Mac 2021 untuk kedua-dua transaksi ini.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan perbankan, anda boleh mengaktifkan ciri Secure2U melalui aplikasi Maybank2U hari ini.