Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) kini telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (SPA) bersama UEM Land Bhd berhubung tanah kilangnya dan bangunan di Petaling Jaya, Selangor dengan harga RM200 juta.
Dalam kenyataan Bursa Malaysia, pihaknya mengatakan bangunan yang kini diduduki oleh DLMI itu akan terus diduduki oleh syarikat sebagai penyewa selama dua tahun setelah SPA selesai.
Menerusi perjanjian ini keuntungan bersih Dutch Lady dijangka sekitar RM178.6 juta. Bagaimanapun, DLMI akan meneruskan aktiviti pembuatan di hartanah sehingga pembinaan kemudahan baharu selesai dan dapat beroperasi sepenuhnya.
Seterusnya berdasarkan pelaporan, fasa peralihan ini dijangka akan siap sekitar tiga tahun, bermula 2021 hingga 2023.
Ia mengatakan langkah itu adalah untuk memenuhi permintaan produk dan tren pengguna baru yang akan memperkuat kemampuannya untuk menawarkan peningkatan pada nilai pemakanan susu kepada pelanggan mereka.