Artikel

Harga Minyak Petrol RON95 Masih Kekal Mengikut Paras Siling, Sementara RON97 Pula Naik 5 Sen

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan, ia memaparkan peningkatan dan paras kekal.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 11 Mac 2021 hingga 17 Mac 2021.

RON97 naik 5 sen dengan catatan RM2.40 sen seliter, manakala RON95 pula masih kekal di paras harga yang sama iaitu RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel juga kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.