Artikel

Sekitar 80% Tumpuan Pekerja Pada Tugasan Berkumpulan, Ini Menganggu Tugasan Secara Individual – Laporan

Apabila bercerita tentang persekitaran pekerjaan – sudah pasti elemen kerjasama antara keperluan utama untuk sesebuah organisasi. Berdasarkan laporan Harvard Business Review sejak 2016 telah mendapati produktiviti pekerja secara berkumpulan telah meningkat melebihi 50%.

Perkembangan ini nyata memberi kelebihan dan kebaikan kepada operasi syarikat. Namun, tanpa sedar produktiviti pekerja secara individual telah mulai menurun berikutan tumpuan lebih teralih kepada tugasan berasaskan perkongsian antara pekerja.

Tinjauan mendapati – di syarikat rata-rata pekerja menghabiskan masa sekitar 80% pada tugasan mesyuarat dan memberi perkongsian bersama rakan sejawat. Tindakan itu secara tidak langsung telah mengurangkan penglibatan pekerja pada tugasan individual mereka. Ini menjadikan mereka tidak efektif.

Di mana pengurangan masa pada tugasan sendiri telah menjadi lebih rendah – ini membawa kemungkinan lanjutan tempoh pada fokus tugasan tersebut akan menjadi bebanan kepada pekerja.

Pelaporan melibatkan lebih 300 organisasi ini jelas menunjukkan penglibatan pekerja berdasarkan perkongsian dilihat telah mempengaruhi prestasi tugasan pekerja.

Melihat pada peratusan ini – ketua syarikat perlu menetapkan agihan skop tugasan lebih seimbang dan mengehadkan tugasan secara berkumpulan dibudayakan. Selain itu, usul penawaran insentif turut dicadangkan kepada pekerja yang terlibat dalam menyumbang kepada tugasan secara bersama. Langkah itu dapat meningkatkan keupayaan produktivitif mereka.