Ketika pertukaran status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah beralih kepada Bersyarat (PKPB) – terdapat persoalan berhubung penetapan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor yang terlibat.
Menyedari kekeliruan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan penguatkuasaan dasar BDR masih lagi terpakai seperti biasa untuk sektor awam dan sektor dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Seperti yang umum ketahui, sebelum ini hanya kehadiran 30% untuk sektor awam sahaja digariskan – tindakan itu mengawal perjalanan para pekerja ketika pandemik COVID-19 ini. Penerapan dasar itu masih dijalankan meskipun negara kini melalui fasa PKPB dan PKPP – Pemulihan sahaja.
Bagi PKPB, kerajaan masih mengariskan kehadiran pegawai awam pada tahap 30%, manakala kawasan PKPP boleh memenuhi kuota optimum kehadiran pegawai mereka.
Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan penerapan dasar ini adalah tertakluk di bawah arahan ketua jabatan dan sektor terlibat. Mana-mana perubahan adalah berasaskan arahan tempat bekerja.
Pengekalan dasar BDR ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan pandemik negara.