Artikel

Seawal Jun 2021 – YouTuber Akan Dikenakan Cukai, Potongan Sehingga 24% Dari Pendapatan Mereka

Sekiranya jemaah haji negara menerima berita baik pada hari ini (10 Mac) tetapi tidak untuk komuniti YouTuber negara. Ini kerana, platform Youtube telah mengenakan cukai, potongan pendapatan sehingga 24% menerusi AdSense akan dilakukan.

Penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat itu akan dilaksanakan mulai awal Jun 2021, tahun ini.

Berdasarkan pelaporan, komuniti YouTuber perlu mengemaskini pendapatan mereka berhubung percukaian sebelum 31 Mei ini. Bagi mengelakkan potongan yang lebih tinggi berlaku, YouTuber dinasihatkan untuk memperbaharui maklumat pendapatan mereka.

Melalui perkhabaran ini, diharapkan komuniti YouTuber negara terus optimis berhubung pelbagai pengenaan cukai ke atas platorm media sosial.