Artikel

Pendidikan Negara Rancang Perkasakan Bidang TVET

Seperti yang umum ketahui negara kini sedang memperkasakan bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) untuk pertumbuhan Malaysia.

Sejajar dengan usaha itu perincian bagi perancangan Majlis TVET Negara sedang dilakukan ketika ini oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kementerian Sumber Manusia.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pernah memaklumkan bahawa sekitar 1.5 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan oleh negara – 60% peluang tersebut adalah berasaskan kelayakan TVET.

Antara peluang penawaran yang akan diberi adalah meliputi bahagian saintis, penyelidik, kejuruteraan, kemahiran teknikal dan beberapa tawaran lain.