Menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar – kerajaan kini mulai membenarkan perjalanan rentas negeri antara kawasan dan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai 10 Mac ini (esok).
Kebenaran ini nyata akan merancakkan semula aktiviti perlancongan pada kawasan PKPP. Untuk makluman, negeri di bawah PKPP adalah Melaka, Sabah, Perlis, Terengganu, Pahang, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan.
Bagaimanapun kebenaran aktiviti perlancongan ini adalah tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Ini bermakna pergerakan rentas negeri PKPP melibatkan kenderaan persendirian adalah tidak dibenarkan. Kebenaran hanya diberikan kepada kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja.
Penguatkuasaan difahamkan turun merangkumi Pulau Langkawi – berikutan pertukaran status dari PKPB kepada PKPP mulai esok.
Keputusan kebenaran ini telah diambilkira berasaskan penilaian risiko Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).