Tidak seperti pemintaan sektor lain, pengeluaran sarung tangan pada pasaran antarabangsa kekal memaparkan momentum peningkatan apabila Top Glove kini mencatatkan keuntungan bersih untuk suku tahunan kedua 2021 pada kitaran RM2.87 bilion. Ini adalah catatan tertinggi bagi suku tahunan.
Melihat pada peningkatan itu, Top Glove merancang akan memperluaskan perkembangan operasi mereka termasuklah dalam segmen pelaburan strategik. Antara langkah yang telah dilakukan ketika ini adalah memperuntukkan RM10 bilion pada pasaran modal (capex) bagi tempoh 5 tahun bermula 2021 sehingga tahun kewangan 2025 untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sarung tangan sehingga 200 bilion pengeluaran.
Selain memaparkan peningkatan pada keuntungan bersih – Top Glove juga turut mencatakan pedapatan jualan suku tahunan tertinggi dengan catatan RM5.37 bilion iaitu 336% lebih tinggi berbanding catatan suku tahunan sebelum ini.
Antara pendorong kepada peningkatan keuntungan adalah menerusi peningkatan pengeluaran , kecekapan operasi dan harga pasaran yang lebih tinggi. Ini menjadikan kedudukan Top Glove terus stabil pada pasaran dunia.