Artikel

CEO Zoom Kini Telah Mendermakan Sahamnya – Sekitar RM27.4 Bilion

Saham yang bernilai RM27.4 bilion (AS$6 bilion) kini telah didermakan oleh Eric Yuan Ketua Pegawai Eksekutif Zoom Video Communication. Bagaimanapun, makluman berhubung penerima saham tersebut tidak didedahkan.

Berdasarkan laporan Bloomberg, pemberian itu adalah merupakan amalan perancangan harta biasa. Setakat minggu ini, sekitar 18 juta saham telah didermakan pada firma teknologi mereka. Tindakan derma saham ini adalah antara amalan sekumpulan hartawan dunia.

Antara hartawan dunia yang turut melakukan langkah yang sama adalah Jeff Bezos, CEO Amazon.

Di mana turut mendermakan kepada entiti Amazon bagi menyokong dana AS$10 bilion untuk menangani perubahan iklim yang berlaku pada ekosistem.