Artikel

MRCB Laksana Pembangunan Atas Stesen Berjumlah RM1.3 Bilion Di Auckland

Ternyata kini entiti negara yang berasaskan kepada pengangkutan akan menyumbang kepada pembangunan di Auckland, New Zealand. Perkara itu dimaklumkan menerusi kerjasama antara Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dengan Panuku Development Auckland (Panuku).

Berdasarkan laporan, kerjasama ini meliputi pembangunan Aotea Central Over Station Development yang membawa nilai kasar sekitar RM1.3 bilion di pusat bandar raya tersebut.

Difahamkan pembangunan 21 tingkat ini merangkumi gabungan komersial, kediaman dan peruncitan ke stesen tersebut. Kualiti MRCB secara jelas dapat membentuk transformasi pada pembaharuan pusat bandar itu.

Penglibatan negara pada pembangunan ini secara terus dapat memperluaskan kepakaran MRCB pada pasaran antarabangsa – ini akan memberi sumbangan positif kepada Malaysia dan New Zealand.