Artikel

Kadar Pengangguran Negara Bagi Januari 2021 Meningkat, Paras 4.9%

Isu pengangguran negara masih lagi menjadi antara permasalahan pada pembangunan Malaysia. Tred peningkatan sudah pasti mampu mempengaruhi proses pemulihan negara ketika ini. Bagi Januari 2021 – nyata kadar pengangguran negara telah menunjukkan sedikit peningkatan kepada 4.9%.

Kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini berikutan kesan pandemik COVID-19 telah mendorong peningkatan tersebut. Malah ia turut dikaitkan dengan peningkatan kes postif juga telah merencatkan pembangunan pekerjaan negara.

Faktor lain yang turut menyokong kadar pengangguran tersebut adalah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hanya membenarkan sektor ekonomi berkepentingan sahaja beroperasi turut memberi kesan.

Meskipun kadar itu meningkat, namun kedudukan tenaga kerja negara masih memaparkan pemulihan sederhana dengan peningkatan 0.2% dengan tambahan 31,500 individu untuk pertumbuhan negara.

Ini bermakna penawaran peluang pekerjaan masih dapat diperluaskan untuk menangani permasalahan pengangguran. Di samping itu usaha ini dapat menyeimbangkan semula pasaran dan kesejahteraan negara.