Artikel

Golongan Muda Dijangka Cenderung Membeli Hartanah, Berikutan Penurunan Harga Pasaran Semasa

Pasaran hartanah negara kini memaparkan penurunan pada harga tawaran bagi suku pertama 2021. Penurunan ini nyata telah didorong berdasarkan inisiatif industri beserta kerajaan untuk meningkatkan semula pembelian hartanah mampu milik dalam kalangan rakyat negara.

Untuk makluman pengguna, Laporan Indeks Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia S1 2021 menunjukkan – insentif kerajaan yang telah digarapkan adalah bagi pembeli rumah rumah pertama – pengecualian duti setem diberikan pada instrumen pindah milik dan perjanjian pinjaman untuk hartanah berharga sehingga RM500,000 seunit.

Tidak hanya itu penetapan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 1.75% oleh Bank Negara Malaysia (BNM) juga turut menyokong pasaran hartanah.

Bagi suku pertama 2021 ini memperlihatkanĀ  beberapa negeri mencatatkan penurunan pada harga hartanah antaranya adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (turun 1.80%), negeri Johor (turun 0.83%) dan Pulau Pinang (turun 0.78%).

Melihat pada data pasaran itu – Selangor satu-satunya negeri pasaran hartanah yang memaparkan peningkatan pada harga pasaran, naik 0.84%.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) – terdapat beberapa penilaian yang dikenalpasti pada pasaran ketika ini antaranya adalah:

  • Sekitar 50.5% kediaman baharu kini bernilai di bawah RM300,000
  • Jualan unit yang semakin meningkat adalah – Johor (20.4%), Selangor (15.2%) dan Kuala Lumpur (10.1%).
  • Sekitar 24.7% hartanah pula bernilai pada kitaran RM300,001 – RM500,000 seunit

Menerusi aliran positif dan penurunan harga ini nyata ia mampu mempengaruhi sentimen pengguna pada separuh tahun kelak – di mana meskipun pandemik masih berlaku, dijangka 1 daripada 3 rakyat negara mampu membeli hartanah.

Selain itu, jangkaan lain turut akan berlaku adalah peningkatan penglibatan pembelian daripada golongan muda. Ini kerana pembeli muda dijangka lebih cenderung memanfaatkan harga pasaran semasa yang menurun dan menggunakan penawaran insentif oleh kerajaan.