Artikel

Pengukuhan Dua Hala – Bantu Malaysia Teroka Kerjasama Bidang Baharu

Kehadiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Riyadh, Arab Saudi nyata untuk memperkasakan hubungan diplomatik berhubung masa hadapan negara – ini merangkumi perluasan beberapa kerjasama.

Antara agenda pertemuan yang akan diperdebatkan adalah bidang baharu seperti teknologi, inovasi, bidang tenaga, pelaburan, pendidikan dan beberapa

Fokus perbincangan ini secara langsung memberi peluang kepada negara untuk memperluaskan penerokaan dalam pelbagai bidang baru. Langkah ini dilihat baik untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk makluman pada hari ini (9 Mac) negara akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) berhubung penyelesaian proses imigresen Arab Saudi di Malaysia.

Menerusi pengukuhan pertemuan dua hala kedua negara ini – ia juga ingin meleraikan stigma serta diskriminasi yang wujud berhubung Islam. Melalui kemajuan bersama, negara ingin memperkasakan kemajuan kerjasama bersama seluruh pemain global untuk mengatasi stigma sedemikian.